May 17, 2017

Senarai Drama Korea Untuk Anda Tonton (4)

Update kat bawah sekali.

Saya ulas drama-drama ini, anda bacalah untuk menentukan untuk menonton atau sebaliknya.



Hari ni saya tambah drama ni ke dalam senarai saya.

Saya mula menonton "The Liar and His Lover" pelakon utama Lee Hyun Woo dan Joy.

Saya tak tengok dulu sinopsisnya, tapi saya terus tengok episod 2. Camana tuh? Sebab episod 1 tak leh klik jadi saya klik nombor 2 hahahahha! (klik pada "episod 1" untuk tonton)

Jadi.. berdasarkan sinopsis yang saya baru baca... Drama ni berdasarkan manga Jepun; Kanojo wa Uso o Aishisugiteru oleh Kotomi Aoki. 

Dari 2 episod pertama ni, drama ni tentang muzik. umur? erm awal 20-an. saya tonton sebab saya suka pelakon utamanya. hahaha! pelakon perempuan ni pun tak kurang juga, dia ni salah seorang idol group Red Velvet. sila tanya pakcik google kalau tak tau ye.. Sekali tengok ingatkan Suzy Wonder Girls. dua kali tengok, huisshhh tak sama langsung

kemudian2 nanti saya update cerita ni lebih lagi. walaupun saya kurang gemar cerita cinta remaja saya suka nak tengok cerita ni untuk dengar lebih banyak lagu-lagunya.

Bawah ni salah satu runut bunyi drama ni, penyanyi utamanya Joy ada rap oleh Lee Hyun Woo. Macam saya kata dalam pos sebelum ni Senarai Drama Korea Untuk Anda Tonton (3), trend sekarang ni pelakon sendiri nyanyi lagu tema. 


Update 19/5/2017 2pm

Hari ni saya tengok cerita ni sampai episod 8.

Saya ni peminat GD (G-Dragon Big Bang). Dalam episod 8, ada satu babak ayah Han Gyeol masak habis truffle yang mahal ituuu.. terus saya teringat. Macam ada satu kisah makanan mahal yang GD beli dimasak ke dibuang oleh seseorang. Ape tu eh? Telur ikan yang mahal tu nama apa? entah. Saya lupa apa term tuh. saya masih spaced out nih. Cuba untuk baca jurnal tapi satu apa tak masuk kepala.

Bila digambarkan producer K (Han Gyeol) sebagai seseorang yang akan menghasilkan muzik hit setiap kali putus cinta. Lagi sekali saya teringat pada kisah GD, dalam satu talk show diceritakan dia buat lagu paling hebat bila dia putus cinta. Hahaha! Oh banyak lagi yang saya tahu, dia buat lagu hit dengan tiba2 saja. Itu pun ada juga. Kalau anda minat GD, kena tengok sendiri cerita ni dan nilaikan.

Banyak betul babak Joy menyanyi dalam cerita ni. tapi saya paling suka lagu yang dia nyanyikan di bumbung bangunan syarikat muzik tu. will make sure to google it later. skang masih sakit kepalaaaaa

May 9, 2017

Senarai Drama Korea Untuk Anda Tonton (3)

Dah masuk minggu ke 3 saya menonton My Secret Romance, pelakon Sung Hoon and Song Ji-eun. Bermula dengan one night stand yang akan menjadi kisah cinta. Tak ada sebab kenapa saya mula tengok drama ni. Saya dah habis tengok My Shy Boss hari tu dan mula tanya pak google cerita apa saya patut tonton.. 



watak perempuan ni clumsy. dan watak lelaki ni agak tipikal. balik-balik anak orang kaya yang hensem , kachaakk bergaya dengan perangai sombong. abaikan tipikal ni. layan saja dengan angan-angan dalam kepala macam kita lah heroin yang beruntung tuh. Bwahahahah!


sekarang dah siap tengok episod 6, menunggu sehari dua ni untuk ep 7&8.. dah tak sabauuuuu!

kategori cerita ni? komedi-romantik (rom-com).
ya, ini kisah cinta.
persekitarannya banyak berkaitan tugas ahli perniagaan dan ahli nutrisi makanan (nutritionist).
drama ini disokong oleh KOCCA.

KOCCA? inilah yang menariknya. Korea Creative Content Agency (KOCCA) ni sebuah agensi dibawah Ministry of Sport, Culture and Tourism di sana. Agensi ini memberi pinjaman dana (dengan sokongan sebuah bank) kepada syarikat kecil yang menghasilkan produk kebudayaan seperti rancangan TV, filem, games dan siri animasi. Drama My Secret Romance telah dipilih dalam ujibakat tahun 2015 Top Creator Audition yang dianjurkan oleh KOCCA.

Ada banyak drama dan filem di Korea yang memasukkan ciri-ciri kebudayaan seperti makanan, pakaian, dan macam-macam lagi. Kalau drama bercorak sejarah sudah memang pasti ada, tapi untuk rancangan moden biasanya mereka masukkan unsur-unsur makanan tradisional seperti kimchi. Memang sangat bercirikan 'globalisasi'. Mungkin asas di dalam negara itu sendiri dah cukup kuat sampai mereka sudah boleh memilih untuk pergi global pula. InsyaAllah nanti kita pun akan sampai ke tahap tu.

okey! nanti saya update lagi!

oh ye. ini satu lagi trend kdrama. pelakon tu sendiri yang nyanyikan lagu OST. ni untuk jimat duit kot..?